Home
My Service
Sewa Iklan
Banner Exchange
Site Map
About Me
Isu
Tutorial
Agama
Sukan
Personal

Sila Klik Untuk Maklumat Lanjut

Safira Printing

Putikan Gigi

Monday, 23 January 2012

Orang-orang di Sawah Main Facebook

Orang-orang pun main Facebook? hehe! Penggunaan bahasa yang salah oleh Admin Facebook. Sepatutnya perkataan orang sahaja, bukan orang-orang. Atau ada idea lain?

Sunday, 22 January 2012

Tutorial Cara Invite Semua Kawan ke Event Facebook

Seperti mana yang kita semua sedia maklum, fungsi 'Event' di Facebook sangat penting sebagai medium promosi  yang berkesan untuk memaklumkan kepada kawan-kawan tentang suatu kempen yang kita lakukan seperti Giveaway, Undangan Perkahwinan dan sebagainya. Jika kawan yang anda ingin invite beribu-ribu orang, ini pasti akan memenatkan anda untuk tick satu per satu kawan anda tersebut sehingga ribuan kawan. Jadi, saya ada jalan penyelesaian bagaimana anda boleh invite semua kawan ke event anda dengan satu klik sahaja. (menggunakan Google Chrome)


Sila ikuti 5 langkah mudah di bawah :



1. Install extension "Facebook Add All Friends To Invite" pada Google Chrome anda. Sila klik sini untuk Install.



2. Masuk Facebook anda dan pada event yang anda buat, ada butang "Invite Friend". Klik pada butang tersebut

3. Kemudian, klik butang Add pada extension google chrome anda dan semua kawan anda akan di 'tick' secara automatik. Klik submit dan semua kawan anda tadi akan mendapat notification tentang event anda tadi.

Sekian sahaja tutorial yang dapat saya kongsi kali ini. Jika anda mempunyai sebarang masalah tentang tutorial ini, boleh komen di bawah. Terima kasih.

Iklan : Adakah anda sedang mencari kedai printing online yang murah dan berkualiti? Sila "Like" pada fan page ini dan anda akan didedahkan dengan senarai harga printing yang murah.

Wednesday, 18 January 2012

Monday, 9 January 2012

Ulasan Nik Aziz Yang Telah Di Putar Belitkan

Teringat saya pada zaman sekolah rendah dulu, dimana Cikgu Jailani yang mengajar subjek Sejarah telah mengadakan satu sesi yang menarik di dalam kelas. Saya dan rakan-rakan sekelas  di kehendaki duduk berbaris panjang membentuk satu bulatan. Cikgu Jailani membisikan satu ayat yang mudah kepada seorang rakan sekelas saya. Kemudian, dia dikehendaki memberitahu ayat yang disampaikan Cikgu Jailani tersebut kepada rakan di sebelahnya melalui bisikan.

Begitulah seterusnya, rakan di sebelah memberitahu ayat yang sama pada rakan di sebelahnya yang lain. Sampai ke rakan yang terakhir sekali, dia dikehendaki memberitahu kepada Cikgu Jailani apa ayat yang telah diberitahu. Hasilnya, hampir 87% ayat yang di beritahu dia salah berbanding ayat asal!

Begitulah perkara yang terjadi kepada kebanyakkan wartawan di Malaysia ini. Terlalu banyak kenyataan yang mereka ulas telah di putar belitkan berbanding pada kenyataan asal terutama yang melibatkan kenyataan oleh pembangkang. Sama ada mereka sengaja atau tidak, hanya mereka yang tahu. Sama ada mereka sengaja ingin mensensasikan dan meracuni pemikiran rakyat, hanya mereka yang tahu. Sebagai orang awam, kita harus 'alert' pada perkara begini.

Gambar Hiasan
Contohnya pada sidang akhbar siang tadi, Nik Aziz telah mengulas tentang pemecatan Hassan Ali oleh PAS. Beliau memberitahu bahawa mana-mana parti di dunia ini pasti melakukan pemecatan ahlinya yang tidak senonoh, tetapi menerusi Buletin TV3 sebentar tadi memberitahu PAS memecat Hassan Ali yang tidak senonoh. Nampak tak perbezaan kenyataan oleh Nik Aziz dan Buletin Utama ini? Sebenarnya banyak lagi contoh yang boleh anda perhatikan.

Kesimpulan yang diberitahu oleh Cikgu Jailani, bahawa ayat yang disampaikan orang terakhir pasti berbeza setelah di 'tapis' dan di ubahsuai oleh orang sebelum mereka yang mendapat maklumat tersebut. Jadi, anda bayangkan sendiri bagaimana sejarah yang berusia ratusan hinggi ribuan tahun dahulu boleh sama atau tidak dengan sejarah yang kita dapat sekarang. 

Sebab itu, kita di nasihatkan oleh Nabi SAW supaya membuat rujukan Al-Quran dan Sunnah jika ada sebarang masalah duniawi dan ukhrawi kerana kandungan sumber tersebut tidak diubah. Dan, janganlah kita percaya dengan sumber atau maklumat yang kita dapat tanpa menyeliknya terlebih dahulu, terutama jika anda ingin membuat ulasan/komen mengenainya.

Tuesday, 3 January 2012

Tutorial Unsubscribe Post Iklan di Facebook

Setiap kali anda melayari Facebook, sudah pasti perkara pertama yang anda lihat ialah kawan-kawan yang komen pada wall anda atau post yang anda buat. Selepas itu, pasti anda akan klik home dan baca update-update terbaru dari kawan-kawan anda bukan? Dalam banyak-banyak post tersebut, pasti akan ada post yang berbentuk iklan di mana anda langsung tak berminat nak tahu iklan tersebut dan menganggap iklan tersebut hanya menyemakkan Facebook anda. 

Jangan risau, ada cara untuk anda tidak lagi menerima sebarang post dari kawan anda tersebut yang anda sendiri tidak kenal dia dan kehadiran dia di Facebook dengan hanya post berkaitan iklan dia, langsung tidak membawa sebarang manfaat. Jom ikuti tutorial ringkas di bawah :

Langkah 1
Cari post yang anda tidak berkenan mendapat sebarang
update daripada dia

Langkah 2

Kemudian, klik unsubsribe seperti gambar di atas
Selepas ini, anda tidak akan menerima sebarang post daripada dia lagi. Kepada usahawan yang berniaga di Facebook, janganlah anda beriklan membabi buta kerana pasti akan ada kawan-kawan anda yang muak dengan iklan anda.. huhu.. paid! paid!

Sunday, 1 January 2012

Cara Buang Timeline Facebook

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada para pembaca blog Firdaus Kasim. Anda apa khabar? Di harapkan semuanya berada dalam keadaan baik-baik belaka. Maklumlah, di tahun baru 2012 ni, semua orang ingin kan pembaharuan dalam hidup mereka, jadi mood kena ok. hehe.. Saya pasti, pasti anda sekarang sedang melayari Facebook bukan? Sudahkah anda menukar profil Facebook kepada jenis Timeline?


Facebook Timeline bakal digunakan di seluruh dunia 
Saya belum lagi, nak tunggu ramai orang dah guna, baru saya akan tukar kepada Timeline sebab sukar seseorang itu hendak menerima pembaharuan, jadi biarlah orang biasakan dulu dengan Timeline ini. Bagi saya, tiada apa yang menarik berkenaan Timeline ini melainkan header yang terdapat pada Profil Facebook yang besar itu, sangat berkesan untuk di jadikan medium pemasaran bagi usahawan.


Jika anda TER 'switch' Timeline ini tanpa kerelaan sendiri dan ingin menukar kepada profil lama, jangan risau, saya akan menyediakan tutorial bagaimana nak 'remove' Timeline. Sila baca di bawah :


Langkah 1 
Sila buka link ini https://developers.facebook.com/apps dan klik pada "Edit App"


Langkah 2
Pada sidebar di sebelah kiri, klik pada "Delete App"


Langkah 3
Sekarang klik pada "Confirm", kemudian klik "Okay"


Sekarang aplikasi Timeline Facebook anda sudah di buang.  

----------------------------------------------------------------

Updated :


"Hepi new year bro..tuto ni x lengkap.bila masuk ke developers facebook,appl tu xde kalo mereka yg ridirect terus guna time line ni kecuali mereka yg apply appl ni dari developers facebook baru boleh delete.. cuba masuk sini http://fb.com/timeline n terus klik get started bila profile ko dah jadi timeline try masuk balik dekat link yg ko bg tu appl timeline xde..huhu.. so.. cara nak padam belum tau lg.."

Terima kasih atas komen bro Joe
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Entri Rakan Blogger. Apa Yang Terbaru?

! Firdaus Kasim Hak Cipta Terpelihara.
Themes designed by Firdaus Kasim