Home
My Service
Sewa Iklan
Banner Exchange
Site Map
About Me
Isu
Tutorial
Agama
Sukan
Personal

Sila Klik Untuk Maklumat Lanjut

Safira Printing

Qlimax

Friday, 21 October 2011

Tutorial Cara-Cara Lakukan Pembayaran Di CIMBClicks

Kini, seiring dengan kemajuan teknologi yang semakin pesat, kehidupan kita semakin lama semakin mudah.. Sehinggakan jika anda sering kali melakukan transaksi pembayaran, anda tidak perlu beratur panjang yang benar2 memenatkan dan membuang masa dan tenaga, semata-mata untuk melakukan transaksi pembayaran. Anda boleh lakukannya hanya di hujung jari sambil rilek2 di mana sahaja anda berada. 

Maka kepada sesiapa yang mempunyai akaun Maybank, anda wajib mendaftar pengguna di Maybank2u dan kepada pengguna CIMB, CimbClicks adalah untuk anda. Untuk melakukannya, anda boleh meminta bantuan daripada petugas bank untuk daftarkan untuk anda secara PERCUMA.

Jika anda sudah pun mempunyai Maybank2u (www.maybank2u.com.my) atau CimbClicks (www.cimbclicks.com.my), saya akan menerangkan anda tentang cara sebenar bagaimana anda dapat lakukan transfer atau transaksi pembayaran, seterusnya anda dapat menunjukkan bukti pembayaran (jika diminta oleh penerima bayaran) iaitu resit transaksi. Ikuti tutorial di bawah :

Setelah berjaya log in, sila klik "Transfer" pada navigator bar
Selepas itu, sila klik "Transfer Fund" untuk melakukan transaksi pembayaran
Untuk memindahkan wang ke akaun CIMB yang lain, sila klik "To Other CIMB Accounts" > " Transfer"
Manakala untuk memindahkan wang ke dalam akaun bank yang lain (Contohnya Bank Islam) sila klik "To Other Banks" > "Interbank GIRO"
Kemudian, anda wajib untuk memasukkan no akaun si penerima dan jumlah transaksi. Email dan No Phone adalah sebagai 'notification' kepada si penerima sahaja, anda boleh memilih untuk memasukkan atau tidak. Tetapi saya menggalakkan anda memasukkan emel si penerima. Jika anda memasukkan no phone, charge tambahan sebanyak RM0.20 akan dikenakan. Selepas selesai isi butiran, sila klik "Submit"
Sila double check. Jika semua maklumat adalah betul, sila klik "Confirm"
Tahniah! anda berjaya melakukan transaksi! Kini, sila print resit anda sebagai bukti untuk ditunjukkan kepada si penerima bahawa anda sudah melakukan pembayaran seperti yang diminta.
Jika anda menggunakan Google Chrome, paparan seperti di atas akan keluar apabila anda menekan butang print. Sila tick "Landcape" dan "Color" dan akhir sekali klik Butang "Print"
Sila "Save As" resit anda di tempat yang selamat. Anda boleh gunakan resit ini untuk attach di emel.
Jadi, tak perlu lagi anda "copy n paste" atau "Snipping" butir2 pada resit untuk membuktikan kepada si penerima bahawa anda telah melakukan pembayaran kepadanya, cara tersebut sama sekali tidak kelihatan profesional dan "kebudak-budakan". Anda boleh attach resit tanpa ada sebarang maklumat sulit (seperti baki akaun anda) di dalamnya. 

Sekian sahaja, sila ajukan sebarang pertanyaan anda di ruangan komen. Kepada kawan2 yang hensem2 dan cantik2 sekalian (ayat bodek.. hehe!), saya minta tolong anda semua klik "Like" Facebook Fanpage saya ya? Terima kasih

4 comments:

ABU said...

yeah...macam yg aku selalu buat.. nice :D

manmala said...

masih tak berani nak guna bank online ni lagi....

Bizstudent said...

Biasa guna maybank2u je... :)

5 Tips dan Langkah Menjadikan Artikel Anda Lebih Menarik

Anonymous said...

tq ^^

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Entri Rakan Blogger. Apa Yang Terbaru?

! Firdaus Kasim Hak Cipta Terpelihara.
Themes designed by Firdaus Kasim