Home
My Service
Sewa Iklan
Banner Exchange
Site Map
About Me
Isu
Tutorial
Agama
Sukan
Personal

Sila Klik Untuk Maklumat Lanjut

Safira Printing

Qlimax

Tuesday, 5 April 2011

Video Seks Anwar : Permainan Politik yang Memalukan


Sebagai rakyat biasa yang tidak menyokong mana-mana pihak sama ada pihak kerajaan atau pihak pakatan pembangkang, video seks yang melibatkan kononnya Anwar Ibrahim di anggap sebagai satu taktik kotor yang memalukan yang dimainkan oleh kerajaan untuk menjatuhkan parti pembangkang. 

Video seks yang dilihat sekarang mungkin tidak sama seperti yang dihantar oleh Datuk... kepada pihak polis untuk melakukan siasatan.  Adakah 'pelakon' di dalam video ini yang mirip seperti wajah Anwar ibrahim di upah oleh pihak tertentu untuk melakukan adegan yang memalukan semata-mata mahu menjatuhkan Anwar Ibrahim selepas isu kes liwat Anwar Ibrahim yang dilihat kurang berkesan?

Saluran media elektronik yang pro kerajaan seperti RTM dan TV3 sejak dari azali lagi telah bertalu-talu meracuni pemikiran rakyat supaya sentiasa membenci pakatan pembangkang selepas banyak perkara yang memalukan terjadi pada pihak pembangkang tersebut. 

Sesungguhnya TV3 sudah berpakat dengan kerajaan supaya sentiasa pro terhadap kerajaan dan sebagai balasan, semua iklan yang menjadi sumber pendapatan utama TV3 diluluskan oleh kerajaan. Hasilnya kita sendiri lihat terdapat iklan-iklan yang memcolok mata di paparkan di TV3 termasuk semasa al-Kulliyah ! Bukan itu sahaja, banyak program yang melalaikan seperti Mentor dan Jom Heboh turut diadakan tanpa campur tangan kerajaan. 

Cadangan oleh Karpal Singh supaya video seks yang melibatkan Anwar Ibrahim ini ditayangkan dalam Dewan Rakyat merupakan cadangan yang sama sekali amat memalukan. Semua sedia maklum bahawa Islam melarang mendedahkan aib saudara Islam yang lain. Sesiapa yang mengaibkan saudara Islam yang lain, maka Allah SWT akan mengaibkannya di Padang Masyar kelak. Ternyata Karpal Singh tidak memahami sensitiviti orang Islam!

Akibat mainan politik yang memalukan seperti ini, sebenarnya ianya telah memyebabkan umat Islam di Malaysia berpecah belah. Sangat sedih apabila melihat umat Islam saling memfitnah antara satu sama lain sehingga menyebabkan keaiban umat Islam di dedahkan tanpa rasa bersalah. 

Ingatkah saudara tentang bagaimana Allah SWT menghancurkan kerajaan Firaun? iaitu kerajaan yang tidak mengikuti ajaran Nabi Musa yang benar? Apabila sesuatu kerajaan itu tidak mengamalkan ajaran Islam yang benar, maka Allah SWT akan menghancurkan kerajaan tersebut seperti yang berlaku pada zaman Uthmaniah yang berkuasa selama beratus-ratus tahun. 

Walaupun orang kafir sekalipun yang memerintah negara ini, amalan agama Islam tetap terus kita pegang seteguhnya. Dakwah Islam tetap kita perlu teruskan hingga ke Kiamat. Ambil contoh seperti di Sri Lanka, walaupun pemerintahnya adalah orang kafir, tetapi ekonomi di negara itu, orang Islam yang pegang kerana majoriti orang Islam di Sri Lanka berpegang teguh dengan al Quran dan Sunnah Nabi SAW. Apabila masuknya waktu solat, penuh orang lelaki yang solat secara berjemaah di Sri Lanka.

42 comments:

missteeha the babling girl said...

kadang2 tertanya , biler semua senario nie nak habes , ta takot ke azab ALLAH yg dah bertalu3 jatuh pada negara lain ,

saya baru 15 tahun , impian saya mungkin tak akan dikecapi kalau keadaan ni masih begini ,

tak kasihan kah mereka pade generasi akan dtg ??
sejak dri kecil , kami tak didedahkan dgn kepentingan polotik , biler dah besar sikit , masing3 kata politic is fuck , sbb dari kecil tiada pendedahan politik ,
kalau generasi masa kini dah buta politik , sape lg nak diharapkan mentadbir negara .....

hemmm ... sedih betol . :(

tahnx for the info . nice entry !
:)

Mr Strider said...

betul tu bro..entry yang sangat bagus serta kata2 yang bernas..hehehe..kita bukan menyebelah mana2 pihak tetapi pekara ini telah memalukan pihak pembangkang khasnya dan umat ISLAM amnya..pekara ini harus disiasat secara tertutup dan xperlu mengaibkan seseorang..

Regards,
-Strider-

maisarah said...

nice entry.

sangat tak faham dengan permainan politik negara ni. fitnah berleluasa. ini ke contoh yang patut ditunjuk kepada anak muda? kadang kadang saya rasa tak nak mencecah umur 21 tahun sebab masa tu dah mula mengundi. sedangkan kita sendiri tak tau siapa yang benar siapa yang salah. bila lah semua ni akan berakhir. sudah sudah lah tu. tak takut ke dengan azab Tuhan. janji Allah pasti terlaksana. kalau menang kat dunia pun, belum tentu lepas kat akhirat. semoga kebenaran akan muncul juga.

☼ r A t U ● t U r Q u o i S e ☼ said...

entry yang sangat berguna untuk bukak mata and minda .. manusia kini terlalu obses .. Allah Maha Besar ..

amny said...

politik tu ape??politeknik tahu laaa..

hiihkhkhihihkk...^^

nice entry...skong anda..

waN Mohd Salim said...

huhuhu binatang ke manusia erk

aNiss :):) said...

nice entry! keep it up (^,^)

manusia sekarang sibuk berpolitik tanpa mengira dosa dan pahala!!

semoga kita terlindung dari bala bencana.. aminn :)

Cikli said...

semua orang besar kecik perlu celik politik supaya tidak mudah dicekik-cekik

Shamsuddin Amin said...

itulah politik malaysia yg semakin menghampakan...
asyik bende yg same jer...
bosan...!!!

jatukan pembangkang didahulukan...
rakyat diabaikan...^^

Akhelaken said...

politik kotor.. xkira la kerajaan ke,pembangkang ke same saje.. inilah kesan akibat manusia yg berlumba2 mencari harta & kuasa.
Mcmn negara kite nak maju sedangkan byk isu dlmn negara sendiri yg memburukkan keadaan, saling menjatuhkan antra 1 sma lain???

nur aisya humaira said...

Assalam FK...
cara karpal singh tu betl, die tak salah pun sbb kite tahu die bkn islam kan...
yang bongok plus biol adalah kerajaan sendiri yang langsg tidak mengambil kira pasal islam sedangkn mereka sendiri islam...

tk thu nak ckp camne,org2 yg sokong kerajaan ni...ckp lelebih ade yg sentap plak...huhu

Ainnur Afiffah :) said...

Um ,sy sokong 1001% .betul ape yg awk ckp .sy skang ni dah mls nak tgk berita .lebih banyak AUTA dripd FAKTA .nampak sgt pro kerajaan .nama je demokrasi ,tapi hakikatnya takde keadilan dlm politik m'sia ni apth lagi pmerinthn negara .malu btul:(

saya_arief said...

politik sekarang...
T___T

Qaseh dalia adelia said...

bosan dengan politik hehe

Firdaus Kasim said...

Teeha : semua nie takkan berakhir kalo semua org gilakan kuasa.. teeha, apa impian awk? hehe.. isk, x baik taw ckp politik is fuck.. teeha kena belajar apa itu politik.. baru leh buat ulasan.. hehe.. tapi thanks 4 luahan hati teeha sebagai remaja..

Strider : aq saja je nm menulis dgn ayat aku sendiri.. hehe.. selama nie asyik baca tentang penulisan org lain.. btul ckp kau, perkara yg aib nie kita kena tutup..

Maisarah : betul cakap awk.. sy pun x daftar sebagai pengundi lg.. x tahu nk pilih mana.. tapi rasanya akan pilh BN kot.. hehe

Ratu : sama2 awk.. thanks yew bg komen..

Amny : politik tue sejenis kuih tradisional melayu.. hehe

Wan : maksud kau?

Aniss : diorang tau pahala dan dosa.. tapi akibat iman yang lemah.. diorang dah x hirau semua tue lg

Cikli : yup! org muda skang mmg x minat politik.. mmg x amek port langsung..

Sham : taw x pew.. x habis2 nk malukan org lain.. liwat lah, seks la.. isk2

Ahlaken : btul ckp kau.. nasib baik korang pandai buat penilain sendiri.. syabas!

Aisya : mmg karpal x salah.. tapi dia kena tahu etika kt dalam dewan rakyat yg sebelum nie mmg dag tercemar dgn sikap ADUN yg mcm budak2 tadika.. jerit sana, gaduh sini

Ainnur : sbb tue kita kena siapkan diri kita dgn pelbagai ilmu mcm nie supaya tidak mudah diperkotak katikkan.. btul x?

Arief : dlu pun sama je.. hehe

Qaseh : sy pun bosan.. asyik nk cari kesalahan org lain je kan?

►AdamXis◄ said...

assalam...politik oh politik...no komen...wallahualam

Muhammad Asyraf said...

nice entry bro . politik sekarang sudah semakin tenat . sanggup memfitnah untuk menang . sebenarnya mengikut pemerhatian saya , pihak kerajaan mahu menjatuhkan ds anwar dari arena politik . mereka risau beliau akan naik dan menang lalu memerintah negara niey . kes dulu pun tak habis lagi dah keluar kes baru . kes dulu tak berjaya menjatuhkan ds anwar dan melihatkan yang beliau masih kuat . lalu keluar isu baru . kalau diikutkan dato eskay tu mukanya lebih kurang dengan orang yang didalam video itu juga . keluar di tv mengatakan yang video tu tulen . tapi masalahnya sekarang niey kita tidak mahu tahu ia tulen atau palsu tapi kita nak tahu siapa pelakunya . kat tv mengatakan video sex melibatkan ahli parlimen pembangkang . tv tu pasti ke yang pelaku tu pembangkang ? kata negara bebas bersuara tapi tv berat sebelah . dulu TG Nik Aziz dah meluahkan tentang tv yang berat sebelah di sinar harian , tapi tiada komen dari pihak kerajaan . saya baru 17 tahun dan rasa pelik dengan situasi sekarang . tidak boleh ke berpolitik secara sihat ? kalau rakyat masih bersama mereka kenapa perlu takut dan bermain taktik kotor ? tapi kita tak buleh nak lari dari politik juga sbb lepas ja kita bangun dari kubur . soalan pertama yang Allah akan tanya pada kita "milik siapakah kerajaan pada hari ini " . apa kita nak jawab ? wallahualam :)

Wan Suhail said...

hahah

Izamir Ridzwan said...

ahh plitik semua ini.. nak2 lagi PRU semakin hmpir

MamaIeta said...

eeeemmmmm.... macam2 hal! dunia dah akhir zaman.

cikpuanhady said...

sangat setuju dgn entri ini..ntah ape ape lah taktik yang digunakan..alahaiii..

Jom skodeng :Nak cari handbag LV, Longchamp, souvenir? Meh klik sini

Jom skodeng :Belog Kami : Notre Belle Histoire

FARISZ@AZ.Com said...

Politik kotor apabila dipegang oleh tangan yang kotor.

Saya pun tidak setuju dengan cadangan video seks tersebut ditayangkan di Dewan Parliment tapi dari satu sudut memahami kenapa Karpal Sing berlaku begitu kerana menyindir pelakuan penayangan video seks yang telah dibuat oleh beberapa pihak di Hotel terkemuka sebelum ini dan "ugutan" untuk memaksa Dato T membukti kesahihan video tersebut.

Namun masih menjadi tanda tanya, adakah video yang ada dipihak polis sekarang sama dengan video yang telah di uploud di youtube?

Kemungkinan juga video di youtube sudah di edit terlebih dahulu sebelum di uploud sebab video di pihak polis adalah video full clip.

hoyahadis said...

nice entry...dulu pening dengan politik tak tahu yg mana betul dan yg mana salah..yg pastinya banyak kecelaruan dlm politik..papepun semoga masih ada golongan yg mempertahankan agama islam dari diperkotakkatikkan.

Aqilah said...

entry yg sgt b'guna
knapa lah aib manusi perlu didedahkan..
bia la dy dan Allah je yg tau..
:)
skdr mmbri pndapat :D

PenaDigital said...

Terharu baca entry ni, yang satu2nya saya lihat blog anak muda yang bercakap dengan hak...walau pun pahit.

Kadang2 bila tengok tv dah rasa macam tengok cerita katun yang sekatun katunnya...

Bukanlah nak menyebelahi mana-mana pihak, tapi malu la sikit dengan bangsa asing, mereka pun cakap "manyak teluk la... macam mana mau sokong..."

Apa kata mufti selangor? kalau nak tahu jemput ke blog teman (maaf promosi sikit) tapi kita dengarlah apa kata ulamak, janganlah ikut nafsu je.

Erry said...

lawan tetap lawan....!!!

angah salamah said...

politik y kalut... bkn, org y berpolitik 2 kalut.. sian politik...

wany dianwanie said...

bila la nk habis cte mcm nih...da lebih kurang politik negara asing dh

Firdaus Kasim said...

Adam : ok. nice komen.. hee

Asyraf : terima kasih memberi komen panjang lebar.. tak sia2 sy buat entri ini, akhirnya ada juga suara org muda dalam politik nie., betul tue.. kerajaan tak pernah belajar dari kesilapan.. kenapa perlu diulang kesilapan semasa zaman Pak Lah dulu?

Wan : haha?

IR : x minat politik ekh? sma la kita

Eta : itu baru tanda2 kecik kak

cik : thanks kak

Farisz : disini aq dapat simpulkan bahawa kes ini takkan selesai mcm kes2 terdahulu.. btul x?

Hoya : kak x perlu hirau semua tue, yg penting kita jaga iman dan amal kita

Aqilah : btul tue awk

pena : thanks ya.. sy mahu sekadar memberi pendapat dan blog ni lah medium yg terbaik..

Erry : yeah!!

Angah : politik kt malaysia kira ok sikit berbanding kt asia barat skrg

Wany : kt luar lagi teruk kak

Cha sahaja said...

politik msia..macam2..

Firdaus Kasim said...

Cha : taw xpew.. mcm2..

dayahCOOL said...

sorila xbape stuju..tapi it is ok bcoz everybody ade pendapat sendiri..=)

budak.bandung.laici said...

bagus2 tapi tak pernah minat dgn politik ni. malas nk msuk campur..
org melayu tak sudah2 sibuk berpoloitik sampai berpecah belah.
kaum lain tak de pun macam org malayu sibuk sakan berpolitik

~cik tiram~ said...

heh.rasa macam ade sumting la di sebalik vid ni.
trio datuk t tu macam menjerat diri sendiri je?
macam dorang tanak lepaskan anwar je.
lepas satu,satu masalah timbul.
macam dah plan je.
=.=

Nestlo Pening said...

aku dh ckp dah,

salam, bagus entry anda kerana bebas.menyentuh perilaku Dato T, ternyata perlakuan mereka tidak berlandaskan hukum islam..no komen lg tentang itu..

sedia maklum tahu karpal singh seorang peguam yg tegas lagi tegar..dia seorang kafir..tp bkn salah dia kerana menyatakan pendapat..krn dia bkn islam..bkn slh dia tidak mendalami sensiviti org islam kerana org islam sendiri yg melakukan kesalahan tersebut..mereka panggil melayu "so called islam"..sbb ape?? sbb mereka perli melayu yg kononnya baik & alim, tp lg terok dr perbuatan & kefahaman agama mereka sendiri..

sesungguhnya, cara karpal singh tue tak lebih dari memperli saja..mmg caranya begitu sbg seorang peguam..sape yg mkn cili dia terasa pedas..kecuali bg melayu yg tak faham kata2 perli@sinis@sarcasm la..

betol kata Datin Seri Wan Azizah, DSAI adalah anugerah tuhan..for over 55 years Malaysia merdeka, sape terfikir PAS & DAP boleh bekerja sama..dan pernahkah anda terfikir sudah lebih 10 tahun DSAI dihina, dikeji & ditahan..manusia apekah yg boleh tahan azab dunia begitu selain dari para muslim yg dijanjikan syurga oleh tuhanNya?? xdekan?? mari kita fikirkan :)

Firdaus Kasim said...

@dayahCOOL
awk kena baca lagi pasal kes2 seumpama ini.. nampak sgt awk mls nk berfikir, sbb tue main telan je apa yg media suapkan.. atau awk mls amek taw.. tak amek taw pun x pe, x dpt dosa pun kan

Firdaus Kasim said...

@budak.bandung.laici
baguslah x minat politik.. mcm aq juga.. tapi mcmana ekh kalo suatu hari nanti, malaysia nie diperintah oleh org cina?

Firdaus Kasim said...

@~cik tiram~
sy pun rasa mcm tue juga.. kalo tengok perut anwar ibrahim, mana ada boroi mcmtue sekali.. haha

Firdaus Kasim said...

@Nestlo Pening
aq sokong dgn pendapat kau.. kalo org yang iman cetek, dah lama dia bunuh diri kalo terus menerus kena hina dan keji..

tapi anwar nie bagus, apalah sangat kejian dan hinaan manusia berbanding dgn kejian dan hinaan Allah SWT.

Manusia pun makhluk Allah SWT yg lemah..

Nestlo Pening said...

terima kasih Firdaus Kassim,

kalo ikotkan aku malas nk citer panjang lebar isu politik nie..sbb byk lg perkara lain yg perlu kita fikirkan sbg manusia..tp aku xnmpak melayu begitu..mereka lebih suka menceritakan keaiban org dr menguruskan pentadbiran keluarga, jabatan, negeri dan negara..

kita sbg melayu perlu perkasakan diri kita bg membaiki ekonomi agar setaraf dgn bangsa lain..plus pula agama kita akan jadi harum bila org mengenali tatacara hidup kita..tp malangnya, kita selalu dimomokkan melayu sukar berjaya jika tiada bantuan dari kerajaan, dan jika kita melangkah kejayaan kita harus fikirkan pulangan kpd kerajaan utk mebalas jasa mereka..itu yg buat sy pening..

sukar ke menjadikan melayu hidup selesa?? mereka selalu kata melayu malas berusaha..selalu meminta-minta..itu kata siapa?? kerajaan atau cina?? walaupun beberapa perkara terbatas kerana hukum agama, sy xnmpak agama menyebabkan kita mundur ke belakang..sedangkan sejarah islam dulu menyaksikan Islam salah satu tamadun yg kaya lg berjaya..

kesimpulannya, pentadbiran negara yg menyebabkan melayu mundur,,sbb apa sy kata begitu?? sbb semuanya bermula dari alam pendidikan, sekolah dan IPTA.."sekatan-sekatan" yg dikenakan pd ibu-bapa, pendidik dan pelajar menyebabkan pemikiran kita tertumpu satu jalan penyelesaian saja..pertahankan!! kalo tidak sedia lah anda untuk pupus!!

**ini adalah coretan umum dari saya, tiada kena mengena dgn Anwar Ibrahim**

srikandi cinta said...

hanya manusia yg xde ilmu je akan percaya dengan video seks ni..

manakala org terpelajar, akan sedar betapa bodohnya dan dangkalnya otak pihak kerajaan nak jatuhkan anwar..

sudah terang lagi bersuluh, video ni disbarkan tepat pada waktunya.. sebelum pilihanraya di sarawak, video ni disebar..

cerdik betol la..agak2 la nak kenakan anwar pon.. dia igt rakyat ni bodoh dgt kott... entah ah..

sy x sokong sape2..

tp, masih ramai yg duk percaya dgn sumpah si eskay tu..katanya "hanya org benar je berani bersumpah"..

kenapa x kata mcm ni ??" hanya org benar je berani wat dosa??". hahaha

mereka tu dah dikira sebagai fasik..tgk je latar belakang datuk T tu, semua pernah ada skandal, so adakah mereka layak jadi saksi video tu??

srikandi cinta said...

one more, kalau anwar bersumpah gak, sama lah anwar dgn org2 penipu tu..

kan,kan??

ada kawan saya, mak dia ketua umno.. tapi, kwn sy ni sgt bencikan umno although mak dia ketua umno..u know why?? dia ngaku umno banyak main kotor..

look, anak ketua umno sendiri mengaku camtuh...

dia cter, aritu ade sorang polis bgtau dia.. polis tu dh bertaubat & menyesal.

polis tu pernah jaga anwar masa dlm lokap.. polis tu mengaku, dia dipaksa meletak dadah ke dlm tubuh anwar , dan mencuri air mani anwar..

so, this mean sume ni dh dirncang sejak beberapa tahun yg lalu.. subhanallah, terkejut sy dgr pengakuan dia..

pape pun, sy just mampu ckp, no komen..

semua tak betul even anwar pun ada silap jugak..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Entri Rakan Blogger. Apa Yang Terbaru?

! Firdaus Kasim Hak Cipta Terpelihara.
Themes designed by Firdaus Kasim