Home
My Service
Sewa Iklan
Banner Exchange
Site Map
About Me
Isu
Tutorial
Agama
Sukan
Personal

Sila Klik Untuk Maklumat Lanjut

Safira Printing

Qlimax

Friday, 4 February 2011

APA YANG SEDANG BERLAKU DI MESIR?


Huru-hara di Mesir
  1. Pada 25 Januari 2011, demontrasi bermula di seluruh mesir dengan ribuan penunjuk perasaan menyeruagar mewujudkan kerajaan baru, pilihan raya yang bebas dan adil, reformasi perlembagaan dan politik yang signifikan, peluang ekonomi yang lebih besar dan menamatkan segera rasuah yang membelenggu kerajaan.
  2. Pada 28 Januari 2011, Kerajaan Mesir telah menutup internet dan rangkaian telefon bimbit kepada hampir keseluruhan negara itu. Laman rangkaian sosial turut disekat.
  3.  Pada 29 Januari 2011, Omar Suleiman iaitu Bekas Jeneral Ketua Pejabat Perisikan Direktorat Mesir telah melantik Presiden Hosni Mubarak sebagai Naib Presiden dan Ahmad Shafik iaitu bekas Menteri Penerbangan Awam sebagai Perdana Menteri. 
  4. Demonstrasi ini telah mencatatkan sejarah sebagai protes yang terpanjang dan terburuk dalam sejarah Mesir moden di mana pada 1 Februari 2011, berjuta-juta penunjuk perasaan turun ke jalan-jalan seluruh Mesir dan kini amaran bahaya menuju ke tanda merah iaitu keadaan yang sangat bahaya. Beratus-ratus rakyat Mesir telah terkorban dan cedera.
  5. Pada 1 Februari 2011, Presiden Hosni Mubarak mengumumkan bahawa beliau tidak akan mencalonkan diri dalam pilihan raya tetapi protes oleh rakyat Mesir terus berlaku. Ahli parlimen menyeru supaya Presiden Mesir, Hosni Mubarak supaya segera memindahkan kuasa kepada kerajaan interim.


Situasi Membabitkan Rakyat Malaysia

  1. Kementerian Pertahanan Malaysia telah membuat keputusan untuk melaksanakan Operasi Piramid untuk membawa pulang pelajar2 Malaysia di Mesir.
  2. Diketuai juruterbang Kolonel Dzulkarnian Ahmad, ia membawa kumpulan pertama terdiri daripada 70 anggota tentera pelbagai pangkat. Turut dibawa bersama, bekalan makanan dan ubat-ubatan.
  3. Turut serta dalam penerbangan ini nanti beberapa wartawan daripada media cetak dan elektronik.
  4. Pesawat Charlie ini dijangka tiba di Mesir esok dan operasi membawa keluar rakyat Malaysia akan dilaksanakan 24 jam sehari dengan keupayaan membawa keluar 2 ribu orang sehari.

Panglima Angkatan Tentera Malaysia, Jeneral Tan Sri Azizan Ariffin: "Kita akan berpangkalan dekat Jeddah. Dari Jeddah, baru kita usulkan mereka dibawa pulang ke Malaysia walau apa cara sekalipun. Yang pentingnya, keselamatan pelajar dan juga rakyat Malaysia ini, dikeluarkan dahulu dari Cairo ke Jeddah."
Situasi Di Mesir

  1. 5000 banduan telah terlepas dari penjara. 5000 itu jumlah yang sangat besar dan menurut pelajar Malaysia, tempat penginapan mereka adalah berdekatan dengan penjara.
  2. Dengar berita ada pelajar Malaysia di Mesir yang telah menjadi mangsa rogol dan rompak. Rumah yang didiami mereka dicerobohi dan mereka tinggal dalam ketakutan. Kini Kereta Kebal telah memenuhi segenap penjuru tempat kediaman mereka. Bunyi tembakan kedengaran di mana-mana. Ini bukan perkara main-main kerana melibatkan maruah dan nyawa rakyat kita sendiri. Minta pihak kerajaan Malaysia memandang serius perkara ini, sebab kalau ikutkan coverage di akhbar dan tv sekarang memang langsung tak dipandang serius.
  3. Yang pasti kini situasi di Mesir bertambah buruk dan lebih buruk daripada apa yang kita tengok dan dengar di Media Massa di Malaysia. Pihak bertanggungjawab harus mengambil tindakan yang sangat berhemah, pantas tetapi tidak terburu-terburu agar keselamatan rakyat Malaysia di sana terjamin walaupun kini keselamatan mereka sangat tergugat. Banyak masjid dan surau telah pun mengadakan solat hajat selepas solat Jumaat tadi. Semoga Allah SWT memelihara mereka daripada segala ancaman. aminn
Hosni Mubarak ialah diktator yang memerintah Mesir selama 30 tahun, dan mungkin anda tidak tahu Hosni Mubarak adalah pemerintah kejam, perampas harta rakyat dan juga sekutu US dan juga menyokong IsraelMedia Malaysia kurang melaporkan berita mengenai ini dan ramai yang tidak tahu. 


5 comments:

Ayuni said...

hm, yg tersepit kt tgh2 student kte...

Firdaus Kasim said...

antara byk2 negara, mesir la antara yg paling byk student kita

mRs.wHo said...

huuuu~hope rakyat kita semua selamat yang ada kat sana :)

Faris Farhad said...

Apa nak jadi la kat dunia sekarang ni kan... :(

Firdaus Kasim said...

Mrs who : aminnn

Faris : Taw takpe, aq dah nmpk tanda2 kecil nak kiamat kr dunia skrg nie

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Entri Rakan Blogger. Apa Yang Terbaru?

! Firdaus Kasim Hak Cipta Terpelihara.
Themes designed by Firdaus Kasim